[me.ngang.kut] | مڠڠکوت
Definisi : 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapanya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuatkan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ngang.kut] | مڠڠکوت
Definisi : mengangkat dan membawa pergi: Lori Majlis Perbandaran itu digunakan utk ~ sampah di kawasan Petaling Jaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)