[me.nga.sas.kan] | مڠاساسکن
Definisi : 1. menyandarkan (meletakkan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaannya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nga.sas.kan] | مڠاساسکن
Definisi : 1 menjadikan sbg asas; mendasarkan: Ia ~ hujahnya pd bukti-bukti yg nyata. 2 mendirikan; membangunkan: Beliaulah yg ~ pertubuhan belia itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)