Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngé.da.ri] | مڠيدري

Definisi : 1. (bergerak) mengelilingi, melegari: bumi ~ matahari; 2. menjelajahi: ~ dunia dgn basikal; 3. menjalani sekitar: dibawanya saya ~ jalan-jalan raya di Kuala Lumpur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngé.da.ri] | مڠيدري

Definisi : 1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengedari