Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.rah.kan] | مڠرهکن

Definisi : 1. memanggil orang berkum­pul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat tentera dll) utk menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya utk berkhidmat dlm tentera di seberang laut; 2. mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): ~ tenaga rakyat utk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.rah.kan] | مڠرهکن

Definisi : maka Temenggung pun menyuruhkan orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar ~ orangnya, berkawal kampungnya masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.rah.kan] | مڠرهکن

Definisi : memanggil orang berkumpul kerana sesuatu perkara atau utk membuat sesuatu pekerjaan beramai-ramai: Mendengar sembah tabib, baginda ~ seluruh rakyatnya mencari bunga bakawali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerah (kata kerja)
Bersinonim dengan kerja raja, kerja wajib, rodi, arah, desak, gesa, paksa, perintah, suruh, tekan, tindas;,
Kata Terbitan : mengerahkan, kerahan, pengerahan, pengerah,