Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.liat] | مڠݢليات

Definisi : 1. merentang-rentangkan anggota badan (apabila bangun drpd tidur dll): baru saja bangkit, ia menguap dan ~ sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas; 2. memulas-mulas (benda yg kaku, ketat, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.liat] | مڠݢليات

Definisi : 1 menghulur-hulurkan atau meregang-regangkan anggota spt ketika bangun drpd tidur dll: Apabila mendengar suara ibunya memanggil, Ali terjaga dan ~, kemudian terus ke bilik mandi. 2 memulas atau memiuh benda yg kaku dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggeliat