[meng.glo.ba.li.sa.si.kan] | مڠݢلوباليساسيکن
Definisi : menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[meng.glo.ba.li.sa.si.kan] | مڠݢلوباليساسيکن
Definisi : menyebarkan atau meluaskan sesuatu aktiviti ekonomi, kebudayaan dsb ke peringkat dunia: Matlamat mereka adalah utk ~ perniagaan agar mendapat keuntungan yg banyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)