Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.gat] | مڠݢوݢت

Definisi : menggoncang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.gat] | مڠݢوݢت

Definisi : 1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah; 2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.gat] | مڠݢوݢت

Definisi : menjadikan keadaan (kedudukan dll) berubah atau tidak tetap; menggoncangkan; menggoyangkan: Kehadiran pelumba baru itu telah ~ kedudukannya sbg pelari yg paling pantas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[meng.gu.gat] | مڠݢوݢت

Definisi : 1 mengadukan sesuatu hal kpd mahkamah; menuntut di mahkamah; mendakwa: Jika hendak ~ orang, kita mesti mempunyai bukti-bukti yg nyata. 2 membangkit-bangkit perkara yg sudah-sudah; menuntut supaya ditepati janji dll; mencela dgn keras: Rakyat jelata telah ~ wakil-wakil mereka ke Parlimen kerana tidak menepati janji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggugat