Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.gur.kan] | مڠݢوݢورکن

Definisi : 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.gur.kan] | مڠݢوݢورکن

Definisi : 1 menyebabkan gugur; menjatuhkan: Seekor kera sedang ~ buah jambu ke dlm sungai. 2 sengaja mengeluarkan anak dr kandungan sebelum cukup tempohnya (lalu anak tsb meninggal dunia). 3 tidak dibenarkan utk terus menyertai sesuatu pasukan (pertandingan dll): Pemain itu telah digugurkan drpd pasukannya kerana enggan mengikuti latihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggugurkan