Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.dap.kan] | مڠهادڤکن

Definisi : 1. menghalakan, meng­arah­­­kan (sesuatu ke): maka meriam pun di­hadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan ke­pada­nya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertang­gung­jawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, memper­tanding­kan, mempertentangkan: dlm pusing­an pertama, pasukan Malaysia akan di­ hadap­kan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.dap.kan] | مڠهادڤکن

Definisi : 1 menghalakan muka atau bahagian depan ke; mengarahkan ke: Semasa bergerak mengelilingi bumi, bulan ~ mukanya hanya sebelah saja ke bumi. 2 membawa ke muka pengadilan (mahkamah): Dia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,