Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ham.bat] | مڠهمبت

Definisi : menahan, meng­halang, menyekat, merintangi: pertem­pur­an satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun; kapal perang itu telah ~ pelayaran kami; Islam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yg dikaitkan dgn kemajuan juga di­bendung oleh hukum-hukum alam yg me­ngikut kehendak Allah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ham.bat] | مڠهمبت

Definisi : , memperhambat 1. mem­buru, mengejar (kerana hendak menangkap atau menyerang dll): ia ~ binatang itu sekuat-kuatnya; Peringgi pun pecahlah lalu lari ke air diperhambat oleh orang Melaka; 2. memikat (hati), menawan (hati): anak yg kecil itu ~ hati ibunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ham.bat] | مڠهمبت

Definisi : menyekat (sesuatu pergerakan dll); menghalang; merintangi: Tanah runtuh telah ~ perjalanan kami ke Bentung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[meng.ham.bat] | مڠهمبت

Definisi : 1 mengejar kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Polis sedang ~ pencuri yg melarikan diri itu. 2 menawan hati; memikat hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hambat2
Kata Terbitan : menghambat, menghambat, terhambat, hambatan, penghambatan, penghambat,

Peribahasa

Bersesak berundur-undur,
     hendak lari malu,
hendak menghambat tak lalu.

Bermaksud :

Berpura-pura melawan, meskipun kesanggupan sudah tidak ada lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)