[meng.ha.ram.kan] | مڠحرامکن
Definisi : memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganut-penganutnya minum arak, berjudi dan melakukan beberapa perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, meluluskan, dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg melanggar undang-undang, menegah: kerajaan telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati (berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd memasuki tempat yg terkutuk itu lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[meng.ha.ram.kan] | مڠحرامکن
Definisi : 1 memandang (menetapkan) haram; mengatakan haram; melarang; menegah: Agama Islam ~ orang-orang Islam meminum arak atau berjudi. 2 melarang drpd melakukan sesuatu; menegah: Kerajaan telah ~ orang ramai membaca majalah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)