Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hé.bah.kan] | مڠهيبهکن

Definisi : 1. menyiarkan, memberi­tahu­kan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, meng­umumkan, mendiayahkan (agama, fa­ham­an politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hé.bah.kan] | مڠهيبهکن

Definisi : 1 memberitahukan (berita dsb) kpd orang ramai melalui radio, akhbar dll: menyiarkan; mengumumkan: Juruhebah telah ~ berita itu di radio. Orang ramai bertepuk tangan apabila keputusan lompat jauh dihebahkan. 2 menyebarkan atau mengembangkan (agama, fahaman dll): Orang yg mula-mula ~ ajaran Islam di Nusantara tidak diketahui dgn pasti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebah
Kata Terbitan : menghebahkan, penghebahan, penghebah,

Peribahasa

632

Don't wash your dirty linen in public

Jangan dedahkan hal ehwal berbentuk peribadi atau masalah keluarga yang memalukan kepada orang luar.

Menepuk air di dulang

The reality programme managed to get those involved to air their personal grievances against family and friends in front of the audiences. Perhaps somebody should remind them this : don't wash your dirty linen in public

Rancangan reality tersebut Berjaya membuatkan orang yang terlibat menghebahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawan dan keluarga di hadapan penonton. Barangkali kita perlu mengingatkan mereka peribahasa ini : jangan menepuk air di dulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)