[meng.hu.kum] | مڠحکوم
Definisi : 1. memberi keputusan (ketetapan dll) berdasarkan undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dlm penjara dll) kerana berbuat kejahatan dll: kalau tidak dihukum atau didenda orang yg membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia berbuat demikian; pembunuh itu telah dihukum gantung; 2. mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju: hampir semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika Selatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[meng.hu.kum] | مڠحکوم
Definisi : memberikan keputusan, ketentuan dll dgn berpandukan undang-undang; mendenda (seseorang) kerana melakukan sesuatu kesalahan: Pembunuh itu telah dihukum gantung. Tuan hakim telah ~ orang yg bersalah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)