[me.ngu.cap] | مڠوچڤ
Definisi : 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ngu.cap] | مڠوچڤ
Definisi : menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)