Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pang.kan] | منومڤڠکن

Definisi : 1. meletakkan di atas benda lain, meletakkan bertindih: sebelah kakinya ditumpangkannya pd lutut kaki lain; 2. menyuruh tinggal (bermalam) di, membiar­kan menumpang, menyuruh menumpang: anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang; 3. menyuruh menaiki kapal dll (utk berpergian), membiarkan menum­pang kapal dll: anak yg cedera itu telah ditumpangkan di kapal TUDM utk dibawa ke Kuala Lumpur; 4. meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya dibawa bersama, menyertakan: kalau tuan hendak ke Singapura, saya hendak ~ sedikit kuih utk anak saya; 5. menyerahkan sesuatu supaya diurus (dijagai dll), mengamanahkan, menitipkan: di kedai itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya utk dijual; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.pang.kan] | منومڤڠکن

Definisi : 1 menyuruh (membiarkan) tinggal atau bermalam di sesuatu tempat: Ahmad ~ anaknya di rumah seorang sahabat. 2 membiarkan menumpang sesuatu kenderaan (utk berpergian): Ia ~ barang-barangnya di kereta adiknya. 3 menaruh atau meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Ia ~ tangannya di atas bahu kawannya. 4 menyerahkan sesuatu supaya dijaga atau diurus; mengamanahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpang
Kata Terbitan : menumpang, menumpangkan, penumpang,

Peribahasa

Hinggap mencengkam (dahan),
     terbang menumpu (dahan).

Bermaksud :

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).

 

Lihat selanjutnya...(2)