[me.nung.gu] | منوڠݢو
Definisi : 1. meminta kembali (barang yg telah diberikan dll); 2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih; 3. menuntut (janji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nung.gu] | منوڠݢو
Definisi : 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anaknya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nung.gu] | منوڠݢو
Definisi : ruang ~ ruang tempat menanti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nung.gu] | منوڠݢو
Definisi : 1 menjaga supaya selamat (ttg rumah, orang sakit dll): Sudah dua malam ia tidak tidur kerana ~ anaknya yg sakit itu. 2 menanti ketibaan sesuatu (spt tetamu, kereta api): Sudah lama ia ~ kereta api tetapi belum juga sampai. ~ masa menanti hingga tiba masanya. 3 mendiami atau menduduki sesuatu tempat: Sudah lima tahun ia ~ pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)