Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.ka.kan] | مڽوکاکن

Definisi : 1. menjadikan suka, meng­gembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.ka.kan] | مڽوکاکن

Definisi : menyebabkan menjadi suka; menjadikan suka; menggirangkan hati; menggembirakan: Apa yg ~ engkau tinggal di kampung ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Peribahasa

Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak.

Bermaksud :

Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak).

 

Lihat selanjutnya...(2)