Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl 1. gelaran utk raja-raja kecil (peng­hulu); 2. (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa, marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (mérah) warna spt warna darah; ~-~ bahasa agak merah; ~ darah merah spt darah; ~ jambu = ~ muda merah keputih­putihan; ~ kesumba merah tua; ~ lembayung merah bercampur ungu; ~ marak = ~ men-jahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat merah; ~ muka kemalu-maluan; ~ padam merah spt bunga teratai (warna muka ketika marah); ~ pijar sangat panas sehingga membara (logam dll); ~ pulasan merah spt kulit buah pulasan masak; ~ saga warna merah spt biji saga; ~ telinga marah; ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning­kuningan; ~ tua merah kehitam-hitaman; di luar ~, di dlm pahit prb janganlah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasa­nya berisi tipu daya yg busuk; bermerah; ~ muka ki bertengkar (berhujah dll) spt akan berkelahi; memerah menjadi merah: panas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~; memerahi membubuh warna merah pd, mewarnai merah: pipinya dimerahi dgn gincu, pinggangnya diikat ramping-ram-ping; memerahkan menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi merah; ~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan marah); kemerahan keadaan merah; kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah: lapisan yg ~; pemerah sesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (mérah) sj ikan laut; ~ bambangan = ~ pucat sj ikan laut, Lutjanus sanguineus; ~ boreng = ~ coreng sj ikan laut, Lutjanus sebae; ~ cina a) sj ikan laut, Caesio pinjalu; b) sj ikan laut, Caesio erythropterus; ~ mata hitam sj ikan laut, Lutjanus malabaricus; ~ suman sj ikan laut, Pinjalo spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /mérah/ warna spt warna darah. ~ jambu (muda) merah keputih-putihan. ~ kesumba merah tua. ~ lembayung merah bercampur ungu. ~ marak (menyala) sangat merah; merah yg sangat terang. ~ padam merah spt warna bunga padma (bkn warna muka ketika marah). ~ pulasan merah spt warna kulit buah pulasan masak. ~ telinga marah. ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning-kuningan. ~ tua merah kehitam-hitaman. memerah menjadi merah: Kaki langit mulai ~. memerahi menjadikan merah (oleh sesuatu): Jari-jari pengantin itu dimerahi inai. memerahkan menyebabkan jadi merah (dgn menggunakan sesuatu): Gadis itu ~ bibirnya dgn gincu. kemerahan keadaan merah. kemerah-merahan agak merah; seakan-akan merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merah

Puisi
 

Laksamana mudik ke bendang,
     Seluar merah baru berjahit;
Laksananya buah pedendang,
     Luarnya merah dalamnya pahit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Buah masak merah belum tentu manis rasanya.

Bermaksud :

Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik.

 

Lihat selanjutnya...(18)