Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.gi.kan] | مروݢيکن

Definisi : 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.gi.kan] | مروݢيکن

Definisi : 1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,