Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.bi.li.sa.si] | موبيليساسي

Definisi : 1. pengerahan orang utk masuk askar, kerah tenaga; 2. pergerakan atau per­edaran sesuatu sumber (kewangan dsb) utk mencapai tujuan tertentu: jumlah modal itu telah mengehadkan ~ dana; memobilisasi, memobilisasikan 1. me­ngerahkan orang supaya masuk askar, me­ngerahkan tenaga; 2. menggerakkan sesuatu sumber (kewangan dsb) supaya beredar atau berpusing utk mendatangkan keuntungan dsb: syarikat itu berfungsi utk ~ simpanan agar para penyimpan memperoleh keuntungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.bi.li.sa.si] | موبيليساسي

Definisi : 1 pengerahan orang utk masuk tentera; kerah tenaga. 2 pergerakan atau peredaran sesuatu sumber kewangan dsb utk mencapai tujuan tertentu: Jumlah modal telah mengehadkan ~ dana. memobilisasikan 1 mengerahkan orang supaya masuk tentera; mengerahkan tenaga. 2 menggerakkan sesuatu sumber kewangan dsb supaya beredar atau berpusing utk mendatangkan keuntungan: Koperasi itu bertanggungjawab utk ~ simpanan agar para anggota memperoleh keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mobilisasi