[mo.mo/] | موموق
Definisi : 1. sj hantu yg disebut-sebut utk menakut-nakutkan kanak-kanak; 2. ki sesuatu yg ditakuti (ancaman, tipu helah, dll): agak sukar utk kita melihat ~ politik di sebalik sikap mereka itu; memomokkan 1. mendatangkan rasa takut, menakutkan, mengerikan, menggelisahkan: pihak penjajah telah ~ gerakan utk menegak-kan semula asas keturunan Melayu; 2. membenci, memusuhi: kaum penjajah ~ orang yg masuk politik; memomok-momokkan menimbulkan atau menyebabkan rasa takut-takut, menakutnakutkan: hari ini juga anak bangsa terus dibuai dan dimomok-momokkan dgn kisah silam yg semakin kusam; momokan bayangan perasaan yg menghantui atau menakutkan: mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mo.mo/] | موموق
Definisi : 1 hantu yg disebut-sebut utk menakutkan kanak-kanak. 2 sesuatu yg ditakuti (spt ancaman, tipu helah). memomokkan mendatangkan rasa takut; menakutkan; mengerikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)