Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua/] | مواق

Definisi : 1. sudah jemu (kerana selalu benar me­makan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yg terlalu ber-hati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (spt air, gas, dll) yg dicampuri dgn benda yg lain sehingga benda yg pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dgn benda yg dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yg dicampurkan), mene­pukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua/] | مواق

Definisi : 1 sudah jemu kerana selalu sangat memakan sesuatu; bosan. 2 berasa hendak muntah; loya; mual. 3 berasa jijik kerana mendengar atau melihat sesuatu. memuakkan menimbulkan perasaan muak; meloyakan; menjemukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muak (adjektif)
1. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, lugu, majal, pasai,

2. Bersinonim dengan mual: loya, meluah, meluak, dugal, enek, meloyo,

3. Bersinonim dengan menyampah: meluat, berbulu, getik, jijik, benci,