Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mum.bang] | مومبڠ

Definisi : putik kelapa (yg masih kecil); ~ jatuh, kelapa jatuh prb tiap-tiap yg ber­nyawa akan mati juga; cuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri prb tetap mene­ruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan men­datangkan hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mum.bang] | مومبڠ

Definisi : putik kelapa yg masih kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mumbang

Puisi
 

Lumba-lumba main gelombang,
     Riak sampai Kuala Linggi;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menanam mumbang.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).

 

Lihat selanjutnya...(6)