Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ngi.lu] | ڠيلو

Definisi : tidak enak pendengaran (kerana men­dengar besi dikikir dll), tidak enak perasaan (kerana gigi dikikir dll), singkil; ~-~ kuku agak panas (air), suam-suam kuku; mengilukan menyebabkan menjadi ngilu; kengiluan 1. perihal ngilu; 2. berasa ngilu: gigiku mengancing ~ apabila terdengar bunyi gerudi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ngi.lu] | ڠيلو

Definisi : berasa tidak enak pd pendengaran kerana mendengar sesuatu (spt men­dengar besi dikikir); berasa tidak enak pd perasaan, gigi, tulang dll (kerana memakan sesuatu yg masam dll): Gigi saya terasa ~ setelah memakan buah itu. kengiluan 1 keadaan atau hal ngilu. 2 berasa ngilu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ngilu (adjektif)
Bersinonim dengan nyilu, singkil, linu, silu, seriau;,
Kata Terbitan : kengiluan,

Puisi
 

Kenak apa giginya ngilu,
     Bawa memakan bawa marudik;
Kenak nan apa hati nan pilu,
     Bawa memandang si emak sumbik.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Dipukul lutut sakit,
     direngkuh siku ngilu.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah.

 

Lihat selanjutnya...(2)