[ok.si.da] | اوکسيدا
Definisi : (Kim) sebatian oksigen dgn satu unsur kimia lain; ~ berasid sebatian oksigen dgn unsur bukan logam, yg menghasilkan larutan berasid apabila bercampur dgn air; ~ berbes sebatian oksigen dgn unsur logam, yg menghasilkan larutan berbes apabila bercampur dgn air;mengoksidakan menyebatikan dgn oksigen; pengoksidaan perbuatan mengoksidakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ok.si.da] | اوکسيدا
Definisi : ist sebatian oksigen dgn unsur-unsur lain: kalsium ~; natrium ~. mengoksidakan menyebatikan sesuatu unsur dgn oksigen. pengoksidaan perbuatan atau proses mengoksidakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)