[pa.ha] | ڤها
Definisi : 1. bahagian kaki manusia di antara lutut dan pinggul; 2. bahagian kaki belakang binatang-binatang tertentu di antara lutut dan pinggul; 3. sl perempat, suku; se~ sesuku; ~ belalang a) paha yg kecil dan lurus; b) sj penyemat (pin) baju; c) spring, pegas; ~ kek bahagian kek (alat tenun) yg berat di sebelah bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang); bergendang ~ prb bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan; cubit ~ kanan, ~ kiri sakit juga prb kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya; diberi betis hendak ~ prb diberi sedikit, kemudian hendak banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.ha] | ڤها
Definisi : Kl mata tenggala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.ha] | ڤها
Definisi : ; burung ~ kelati sj burung, Dicrurus aeneus malayensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.ha] | ڤها
Definisi : bahagian kaki yg menghubungkan punggung dgn lutut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)