[pah.la.wan] | ڤهلاون
Definisi : orang yg gagah dan berani, pejuang yg gagah, perwira: ~ tanah air; kepahlawanan perihal gagah berani (berani berjuang dll), keberanian, keperwiraan: kita puja Rizal kerana semangat nasionalismenya dan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pah.la.wan] | ڤهلاون
Definisi : orang yg sangat gagah berani; pejuang yg gagah: Sebuah tugu telah dibina utk memperingati ~-~ kita yg telah gugur. kepahlawanan sifat-sifat pahlawan; keberanian dan kegagahan: Nama Hang Tuah dan semangat ~nya tetap hidup dlm ingatan bangsa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)