Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ku] | ڤاکو

Definisi : 1 benda yg tajam hujungnya serta berkepala dan digunakan utk melekatkan dua benda yg hendak dirapatkan; pasak besi dll yg berkepala serta tajam hujungnya. 2 tanda pangkat pegawai pasukan bersenjata, yg disematkan di bahu baju. ~ belanda harga yg tidak boleh ditawar-tawar lagi; harga tetap. ~ besi pasak yg dibuat drpd besi. ~ mati a. paku yg tidak dpt dicabut lagi. b. hal yg tidak boleh diubah-ubah. ~ payung paku yg lebar kepalanya. ~ tekan paku kecil yg digunakan dgn menekan kepalanya dgn jari dll. memaku 1 memasang paku pd; memantakkan paku pd: ~ dinding. 2 ki tidak bergerak-gerak dr tempat duduk dll: Walaupun dipanggil berkali-kali, ia tetap ~ di kerusinya. memakukan melekatkan sesuatu dgn paku: ~ papan nama ke pintu. terpaku 1 dlm keadaan telah dipakukan; terlekat dgn paku. 2 dlm keadaan tidak bergerak-gerak: Dia ~ ketika mendengar berita buruk itu. Pandangannya ~ ke arah gadis kecil itu. pepaku benda yg bentuknya spt paku: Di sebelah hujung alat itu terdapat beberapa ~ yg tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ku] | ڤاکو

Definisi : 1. benda tajam biasanya drpd besi utk melekatkan papan dll, pasak besi; 2. tanda pangkat (pegawai) pd bahu baju tentera (polis dll): pegawai yg mempunyai dua ~ di bahunya; ~ Belanda = harga ~ harga tetap (tidak dapat ditawar-tawar lagi); ~ kembang sj jemeki utk perhiasan pd kasut; ~ payung paku yg ke­palanya besar dan pipih; ~ pelir itik skru; ~ rebana paku yg berkepala kuningan; memulangkan ~ buah keras prb membang­kitkan kembali perkara yg sudah lepas, me­nempelak; mengata ke dulang ~ serpih prb mencela perbuatan orang, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi; berpaku 1. mempunyai paku, ada pakunya; 2. dikenakan (dilekatkan dgn, dipasang) paku: dipenjarakannya di dlm satu kota kecil yg ~ dr luar; ~ pd berpegang teguh pd: memaku 1. memasang paku pd: ~ dinding; 2. ki tidak bergerak-gerak (dr tempat dll): kami berdua masih ~ di kerusi. memakukan 1. melekatkan sesuatu dgn paku: hujung rantai itu dipakukan pd suatu kepala balak; 2. ki melekatkan, mengekal­kan (perhatian, ingatan, pandangan, dll): ia masih ~ matanya pd wajah isterinya; terpaku 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah ~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ pd muka gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ku] | ڤاکو

Definisi : ark = ~ pakis sj tumbuhan yg tidak berbunga, pakis; ~ acu Kl, Tr sj tumbuhan spt paku pakis, Cycas rumphii; ~ cai (sumpah) sj tumbuhan, Pleopeltis nigrescens; ~ ikan (lipan, ubil, ulat), Blechuum orientale; ~ mega (padang, pelanduk, unkut) sj tum­buhan, Ptreis ensiformis; ~ sisik sj tumbuhan, Adiantum spp.; ~ tanjung sj paku yg tumbuh di rawa, Diplazium esculentum; betapa pun lurus ~, hujungnya berkelok juga prb seseorang yg jahat, walaupun baik rupa perkataan dan kelakuannya, hatinya jahat juga; kelok ~ asam (kacang) belimbing, anak di pangku kemanakan dibimbing Mn prb anak dan anak saudara mestilah sama-sama dijaga (dididik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ku] | ڤاکو

Definisi : sj ikan laut, renyau, Antherina forkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
paku (kata nama)
Bersinonim dengan pemaku, skru, nat;,
Kata Terbitan : memaku, memakukan, terpaku,

Peribahasa

Keluk paku asam (= kacang) belimbing;
     anak dipangku kemanakan dibimbing.

Bermaksud :

Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)