Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll): membayar ~ yg patut; memampas membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll); memampasi membayar pampasan (ganti rugi) kpd seseorang (kerana mengalami kemalangan, kerugian dsb): kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek pelebaran jalan itu; pampasan 1. wang (barang dll) yg dibayar sbg ganti rugi: wang ~; ~ perang; 2. = peĀ­mampasan perihal membayar ganti rugi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ganti rugi yg dibayar oleh pihak tertentu kerana kecederaan, kemalangan dsb. memampas membayar ganti rugi (kerana kemalangan dsb). memampasi membayar ganti rugi (kerana kemalangan dsb) kpd seseorang: Kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek tsb. pampasan wang dll yg dibayarkan sbg ganti rugi: ~ perang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pampas
Kata Terbitan : memampas, pampasan,

Peribahasa

Mencencang memampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi.

 

Lihat selanjutnya...(4)