Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; separuh 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; memaruh membahagi (membelah) dua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; separuh salah satu bahagian drpd sesuatu yg dibahagi dua; setengah: ~ drpd hartanya dibagikan kpd anaknya. ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir ke peringkat akhir (bkn pertandingan bola sepak, badminton dsb). ~ mahir belum cukup mahir atau belum terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugas khusus. ~ mati hampir hendak mati; setengah mati. ~ sedar tidak sedar sepenuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paruh II