[pe.cat] | ڤچت
Definisi : ; memecat 1. melepaskan, memberhentikan (drpd jawatan, keanggotaan persatuan, dll): bagaimana kita ~nya kerana tiada apa salahnya kpd kita; dia dipecat kerana melanggar undang-undang persatuan; 2. mengeluarkan, menyingkirkan (drpd sekolah dll); 3. membebaskan drpd jawatan (utk sementara waktu); pemecatan perbuatan memecat, pembuangan: ~ duta dan para pegawai dr negara-negara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.cat] | ڤچت
Definisi : ; memecat memberhentikan seseorang drpd jawatannya atau drpd menjadi ahli sesuatu pertubuhan dsb: Dia tidak bersalah, kita tidak harus ~nya. pemecatan perbuatan atau hal memecat: ~ pegawai daerah itu masih dipersoalkan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)