[pe.jam] | ڤجم
Definisi : tertutup (mata), kejam: matanya hampir ~; ~ celik seketika pejam seketika celik; memejamkan menutup (mata), mengejamkan: ia ~ matanya; terpejam tertutup (mata): anak anjing itu belum boleh melihat kerana matanya masih ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.jam] | ڤجم
Definisi : tidak terbuka mata; tertutup mata: Matanya ~. memejamkan menutup (mata); mengejamkan: Malam itu dia tidak dpt ~ matanya kerana teringat akan anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)