[pe.la.ya.ran] | ڤلايرن
Definisi : perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~; sekolah ~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~ orang yg kerjanya belayar, pelayar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.la.ya.ran] | ڤلايرن
Definisi : 1 hal (ilmu dsb) yg berkaitan dgn cara melayari laut atau cara melayarkan kapal: ilmu ~; sekolah ~. 2 perjalanan dgn kapal atau perahu; perbuatan belayar: Dlm ~ itu, Hang Tuahlah yg menjadi ketua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)