[pen.dé.kar] | ڤنديکر
Definisi : (pendékar) 1. orang yg pandai bersilat (bermain senjata dll); 2. jaguh, pahlawan: segala hulubalang, pahlawan, ~ tiadalah terhingga lagi; ~ lidah (kata) orang yg pandai berbahas, ahli pidato (syarah); ~ pena orang yg pandai menulis rencana dll di surat khabar; ~ pulut Kl ahli pencak silat yg mengambil kesempatan utk mendapat rezeki drpd pengetahuannya; ~ sambal Kl pendekar yg pengecut dan mudah ditewaskan; ~ elak jauh prb orang yg amat berhati-hati dan sentiasa bersedia mengelakkan diri drpd bahaya; tiada ada ~ yg tak bolos, tak ada juara yg tak kalah prb bagaimana pandai seseorang itu ada kalanya membuat kesilapan (kesalahan dll) jua; kependekaran perihal (sifat) pendekar: masing-masing cuba menunjukkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pen.dé.kar] | ڤنديکر
Definisi : 1. orang yg pandai bermain senjata; 2. askar dll yg gagah berani, pahlawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pen.dé.kar] | ڤنديکر
Definisi : /pendékar/ 1 orang yg pandai bersilat atau pandai bermain senjata. 2 askar yg gagah berani; pahlawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)