[pe.nga.kuan] | ڤڠاکوان
Definisi : 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.nga.kuan] | ڤڠاکوان
Definisi : hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)