[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه
Definisi : 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajatnya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera mengetahui maksudnya atau dalam dangkal pengetahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه
Definisi : 1 kayuh; dayung; pedal. 2 orang yg mengayuh basikal (beca dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه
Definisi : 1 alat yg diberi berdaun hujungnya dan digunakan utk menggerakkan perahu (sampan dll); dayung. 2 pedal basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)