Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.pat] | ڤڤات

Definisi : rata kerana dikerat (dipenggal dll), dempak: giginya yg tidak ~ itu berceranggah-ceranggah; tiga hari ~ Mn tiga hari betul (genap); ~ di luar rencong (pancung) di dalam prb baik pd lahirnya tetapi hatinya jahat; memepat 1. mengerat utk diratakan, me­mangkas, mendabung, meratakan: kumisnya dipepat menurut aturan orang soleh-soleh; 2. memaras (beras dlm sukatan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pat] | ڤڤات

Definisi : rata atau sama kerana dikerat: Kukunya dikerat ~. memepat 1 mengerat supaya rata: ~ kuku. 2 meratakan beras dll dlm sukat dgn menggunakan sebilah kayu dll; memaras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pepat (adjektif)
Bersinonim dengan rata, papak, papar, dempak, repang;,
Kata Terbitan : memepat, kepepatan,

Puisi
 

Si pungguk helang karikan,
     Tidur siang berjaga malam;
Sungguh dia unjuk berikan,
     Pepat di luar rencong di dalam.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Putih di luar,
     kuning di dalam.

Bermaksud :

Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepat di luar, pancung [= rancung] di dalam).

 

Lihat selanjutnya...(3)