Definisi : (Komp) 1. kesilapan yg terdapat dlm perisian, sistem atau perkakasan komputer; 2. peranti elektronik yg tersorok di tempat tertentu utk menangkap perbualan orang secara rahsia, spt dlm pengintipan; ~ alaf gangguan terhadap perisian atau sistem komputer yg dijangka berlaku akibat perubahan tarikh apabila bermulanya abad ke-21 sehingga boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ist 1 kesilapan yg terdapat dlm perisian, dlm sistem atau dlm perkakasan komputer. 2 peranti elektronik yg tersorok di tempat tertentu utk merakamkan perbualan orang secara rahsia, mis dlm pengintipan. ~ alaf gangguan atau masalah terhadap perisian atau sistem komputer yg berlaku akibat perubahan pd tarikh apabila bermulanya abad ke-21 (1 Januari 2000) dan selepasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)