Definisi : kegiatan meminta wang, barang kemas, dll secara paksa (dgn ugutan, ancaman): kejadian ~ menjadi-jadi di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini; memeras ugut meminta wang, barang kemas, dll dgn mengugut (mengancam) secara paksa: samseng-samseng itu ~ pekedai utk mendapatkan duit; pemeras ugut orang yg melakukan peras ugut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : perbuatan atau kegiatan meminta wang, barang kemas dll dgn mengugut atau mengancam utk melakukan sesuatu yg membahayakan, memalukan dsb diri mangsa: Kejadian ~ banyak berlaku belakangan ini. memeras ugut meminta wang, barang kemas dll dgn mengugut atau mengancam utk melakukan sesuatu yg membahayakan, memalukan dsb diri mangsa; melakukan peras ugut: Penjahat ~ peniaga di situ supaya menyerahkan wang kpdnya. pemeras ugut orang yg memeras ugut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)