Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.li] | ڤرلي

Definisi : sindiran, ejekan, cemuhan: kata-kata ~ itu kian lama kian terasa menggores hatinya; memerli, memperli 1. menyindir, meng­ejek, mencemuh: kalau isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama, sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; 2. menyindir seseorang: dia berasa jengkel kerana abangnya ~nya; memperlikan mempersendakan sesuatu: Siti Salina kali ini ~ bahasa Melayu Kurupaya itu; perlian ark perli, sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.li] | ڤرلي

Definisi : ucapan yg dikeluarkan utk mengejek atau utk menyindir; sindiran; ejekan. memerli mengucapkan kata-kata yg menyindir atau yg mengejek: Jangan suka ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perli (kata nama)
Bersinonim dengan sindiran, ejekan, celaan, cemuhan, cacian, kejian;,
Kata Terbitan : memerli, memperli,