[pi.da.to] | ڤيداتو
Definisi : 1. ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pi.da.to] | ڤيداتو
Definisi : ucapan atau syarahan yg diberikan di hadapan orang ramai: Beliau telah memulakan ~nya dgn pekikan “Merdeka”. berpidato menyampaikan pidato; bersyarah; berucap: Dia memang pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)