Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pim.ping] | ڤيمڤيڠ

Definisi : sj tumbuhan (rumput spt gelagah yg batangnya tidak berongga dan digunakan utk batang kalam, joran, dll), Themeda gigantea; bagai ~ di lereng prb orang yg berpendirian tidak tetap; lampai bagai ~ di lereng, lemah bagai lenggundi muda prb puji-pujian ter­hadap perempuan yg cantik potongan badan­nya; kesat daun ~ prb lemah tetapi memba­hayakan; kesat-kesat daun ~, kalau kesat daun labu boleh dicelur prb orang miskin dan tidak berilmu yg tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pimping

Peribahasa

Kesat daun pimping.

Bermaksud :

Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. pimping = sebangsa gelagah yang batangnya tiada berongga.

 

Lihat selanjutnya...(9)