[pi.ngit] | ڤيڠيت
Definisi : ; berpingit berkurung dlm rumah: gadis Melayu dahulunya ~ dan hanya kelihatan sekali-sekala sahaja; memingit 1. menjaga dgn rapi dlm rumah (anak dara dll): anak dara yg dipingit; 2. mengurung (dlm sangkar dll): ~ kuda; pingitan yg dipingit (dikurung): tiga dara ~; kuda ~; pemingitan perihal atau perbuatan memingit: ~ dan pengurungan wanita bukanlah satu cara utk mengembalikan kedudukan dan hak wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pi.ngit] | ڤيڠيت
Definisi : ; berpingit berkurung (diri) di dlm rumah. memingit mengurung (seseorang atau sesuatu) di dlm rumah dsb. pingitan yg dipingit: gadis ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)