Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berpusar, berpusar-pusar berkisar, berpusing, berputar (kisaran angin, olak air, dll): fikirannya ~; cerita ini ~ pd soal cinta; memusar 1. memutar, memusingkan, mengi­sarkan; 2. menghancurkan (daun sirih dll) yg dihimpit antara tapak tangan yg dipusing-­pusing; pusaran 1. sesuatu yg berpusar, barang apa yg berpusar; 2. gerakan berpusar, kisaran, pusingan, putaran: kelasi-kelasi berdayung menghindarkan diri dr ~ air kapal yg akan tenggelam; ~ angin kisaran angin; ~ telefon putaran telefon; perpusaran perihal berpusar, perkisaran, perputaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berpusar bergerak berkeliling (bkn olakan air, kisaran angin dll); berputar: Angin bertiup semakin kencang, api bertambah marak dan asap ~ naik ke udara. memusarkan 1 menjadikan berpusar: Penggodak ialah alat kecil yg ~ larutan racun serangga. 2 menghancurkan sesuatu dgn menghimpitnya di antara tapak tangan yg digerakkan berputar-putar. pusaran 1 apa-apa yg berpusar. 2 gerakan berpusar: ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusar
Kata Terbitan : berpusar, memusarkan, pusaran,