Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.tar] | ڤوتر

Definisi : gerakan berpusing (bertukar arah); ~ alam cenderung melakukan tipu daya atau tipu muslihat; ~ negeri perebutan kekuasaan pemerintah, revolusi; seputar Jk sekeliling, sekitar, sepanjang: ~ kampung; ~ malam; kejadian ~; berputar 1. berpusing, berkisar, berkitar, berpusar: anak kunci ~; ceritanya ~ pd soal cinta; roda ~ dgn kelajuan 3 radian tiap-tiap saat; 2. berganti arah, berbelok, berkelok: ia ~ ke jurusan lain; 3. beredar (bergerak, berjalan) berkeliling: ~ dr pejabat ke padang tenis; wang baru Malaysia sudah ~; kapal terbang itu dua kali ~ di atas kota; ~ fikiran berubah fikiran; ~ haluan berganti haluan; ~ kecek (cakap) beralih (berubah) percakapan; ~ lidah berbelit-belit perkataan­nya, mengingkari janji, berbohong; berputar-putar 1. berpusing-pusing, ber­kisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing­(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. mem­belit-belitkan (perkataan dll), membolak­balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mem­pertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belit­kan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga; memutarkan 1. menggerakkan supaya ber­putar, memusingkan: ~ jarum jam ke belakang; 2. memutar utk orang lain; memperputarkan 1. memperedarkan (wang, barang dagangan, dll); 2. mengeluarkan dan menjalankan wang dlm perniagaan dll; terputar 1. memutar atau diputar dgn tidak sengaja; 2. dapat atau berupaya memutar: dia tidak ~ skru itu kerana terlalu ketat; putaran 1. gerakan berputar, kisaran, ki­taran, pusingan; beberapa ~ beberapa kali berputar; 2. sesuatu yg diputar (tombol pd radio dll, roda pd mesin jahit, dll), sesuatu yg dipindahkan (dialihkan dll); ~ air kisaran air; ~ angin a) kisaran angin; b) pergantian angin; ~ filem pertunjukan filem (gambar); ~ masa pusingan atau perubahan masa; ~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib; perputaran 1. perihal berputar-putar, per­kisaran: ~ semua baling-baling itu sama cepatnya; 2. peralihan (perubahan, pergan­tian) masa atau keadaan dll: bersiap sedia utk menghadapi sendiri ~ sejarah pd masa akan datang; 3. pergerakan (wang, peristiwa, kehidupan, dll) yg merupakan lingkaran, proses perdagangan (wang dijadikan bahan dan diproses dan kemudian menjadi wang lagi); pemutaran perbuatan memutar(kan): minyak melicinkan ~ sebuah roda; pemutar 1. alat utk memutar: ~ pancur air; ~ piring; ~ skru; 2. orang yg memutar; ~ semangat ki sesuatu (nasihat dll) yg me­mulihkan atau mendatangkan semangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.tar] | ڤوتر

Definisi : gerakan yg berpusing-pusing; gerakan yg bertukar arah. ~ alam suka atau cenderung melakukan tipu daya atau tipu muslihat. ~ balik a. tidak tetap atau tidak tegas perkataannya; bolak balik. b. jampi utk memanggil balik orang yg pergi. ~ belit tipu daya (muslihat, akal) yg berbelit-belit. berputar 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. memutarkan 1 membuat jadi berputar; menjadikan berputar; memusingkan: ~ skru; ~ jarum jam. 2 mengubah arah yg dituju; membelokkan: Dia ~ keretanya ke kiri. 3 = memutarbelitkan, memutarbalikkan membelit-belitkan kebenaran (janji dll): Orang yg selalu ~ perkataannya, tidak dpt dipercayai. ~ filem menayangkan filem. ~ lidah membelit-belitkan kata-kata. ~ otak berfikir dgn sungguh-sungguh. ~ wang memusingkan wang utk mencari untung. putaran gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. perputaran 1 hal berputar; perkisaran: ~ roda. 2 perubahan (pertukaran) keadaan dsb: ~ nasib. 3 peredaran (wang dsb); rangkaian peristiwa yg berubah-ubah. pemutaran perbuatan memutarkan. pemutar alat utk memutarkan (sesuatu): ~ skru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putar
Kata Terbitan : berputar, berputar-putar, memutarkan, putaran, pemutaran,

Peribahasa

Jadi teluk ulakan air.

Bermaksud :

Perundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja.

 

Lihat selanjutnya...(3)