Definisi : kabur (kurang terang, kurang jelas): orang tua itu sudah ~ matanya; ~ ayam = ~ senja Mn a) buta ayam; b) samar muka; ~ dekat kabur melihat benda-benda yg dekat, hipermetropia; ~ jauh kabur melihat benda-benda yg jauh, miopia; ~ malam kabur pd waktu malam; ~ tua rabun kerana sudah tua; berabun-rabun bermain tutup mata; merabunkan menjadikan (menyebabkan) rabun, mengaburkan: serangan penyakit itu telah ~ matanya; kerabunan perihal rabun, kekaburan: dia tidak diterima sbg juruterbang kerana ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)