Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = kerapatan perkumpulan, per­him­punan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; berapat berhimpunan (dlm sidang), menga­dakan rapat, bermesyuarat, bersidang; merapatkan 1. menjemput berapat (ber­sidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatan­kuasa segera dirapatkan; 2. menge­mukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putus­kan sendiri, tidak perlu dirapatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = rapatan perhimpunan (kerana membincangkan sesuatu); mesyuarat: ~ raksasa perhimpunan besar yg dihadiri oleh orang ramai (biasanya di tanah lapang); ~ umum perhimpunan yg dihadiri oleh orang ramai. berapat mengadakan rapat; bersidang; bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,