[ra.suah] | رسواه
Definisi : pemberian utk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap): Jabatan Pencegah R~; merasuahi memberi rasuah kpd: dia dituduh ~ pegawai itu; perasuah orang yg memberi rasuah: Allah mengutuk ~, orang yg menerima rasuah dan perantara rasuah antara kedua-duanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ra.suah] | رسواه
Definisi : 1 perbuatan yg salah di sisi undang-undang spt menerima atau memberi wang suap (pecah amanah, menggelapkan wang, mencuaikan tanggungjawab dll). 2 sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg sokongan: Dia dipecat kerana menerima ~ sebanyak RM5,000/-. perasuah orang yg memberi rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)