[raup] | راءوڤ
Definisi : ; seraup sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan (yg dikembarkan): ~ beras; meraup 1. rapat kedua-dua belah tangan ketika mencedok: beras itu disukatnya dgn tangan ~; 2. mencedok (mengambil, mengumpulkan) dgn kedua-dua belah tangan (yg dikembarkan): ~ beras; ~ kaki mengampu kaki dgn kedua-dua belah tangan ketika sujud kpd raja dll; harap hendak ~, tidak boleh menggenggam prb kerana hendak hidup dgn kemewahan habis harta benda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[raup] | راءوڤ
Definisi : ; meraup 1 merapatkan kedua-dua belah tapak tangan sehingga merupakan pencedok. 2 mengaut atau mencedok dgn kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan. seraup sebanyak yg dpt ditampung oleh kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)