[ré.le.van] | ريلۏن
Definisi : (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib; merelevankan menjadikan relevan: ada cubaan utk ~ perkara-perkara yg tidak ada kena-mengena dgn kes itu; kerelevanan perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi: hakim mempersoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang dibicarakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ré.le.van] | ريلۏن
Definisi : /rélevan/ ada kaitan atau ada hubungannya (dgn), dpt dikaitkan atau dihubungkan dgn: Perkara itu tidak ~ dgn topik yg dibincangkan. merelevankan menjadikan relevan; menjadikan ada kaitannya dgn: Tidak wajar mereka ~ perkara-perkara yg tidak ada kaitannya dgn kes itu. kerelevanan keadaan relevan: Pihak pembangkang mempertikaikan ~ isu itu dgn perkara yg sedang didebatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)